Insan Keji
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

le owner


"Narrated by 'Abdullah bin Abi Aufa : Allah's Apostle said, "Know that Paradise is under the shades of swords.-Sahih Bukhari Volume 4, Book 52, Number 73-"


tagboard
cbox code here

Contact


Credits

© Re-edit by adaMETium *it's me*. Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.

K^2 : Keluarga dan Kapal
Tuesday 24 November 2015 • Tuesday, November 24, 2015 • 0 comments



Selasa , 24 November 2015 , 1757

Aku punya sebuah keluarga
Seorang abah , 20 anaknya
Asalnya mereka ni bukanlah sesiapa
Sekadar menjadi rakan sekerja

Aku punya sebuah keluarga
Kerana tanggungjawab , kami tempuh bersama
Handle budak bulan puasa kau fikir senang ker ?
Hei , kau try dulu baru kau rasa

Aku punya sebuah keluarga
Seribu ragam seribu gaya
Dari yang merdu berqasidah
Hinggalah yang otak penjenayah

Aku juga punya sebuah kapal
Yang sedang berlayar tanpa henti
Minyak tak menunjukkan tanda nak habis
Tangki juga tak pernah meminta untuk di isi

Aku juga punya sebuah kapal
Pada awalnya aku punya persepsi
Persepsi yang aku rasa boleh tahan keji
Tapi lama lama aku jatuh hati

Aku juga punya sebuah kapal
Dimuntahkan segala isi hati pada yang mendengar
Tanpa aku peduli apa nak jadi
Kerana aku tahu kapal ini akan sentiasa disisi

Aku punya impian
Belayar merentasi dunia bersama keluarga
Sudah tentu juga bersama kapal
Tapi aih , kadang kadang aku risau
Boleh ker keluarga aku terima kapal aku ?

Jika dipaksa pilih antara dua
Antara Kapal dan Keluarga
Aku lagi rela kena drill kat kepala
Okei tak , aku melawak jaa
Tak mungkin aku dapat memilih
Kerana keduanya kesayangan hamba


#Usrah21
#iShip

(Thani, 2015)


0 Comments:

Post a Comment