Insan Keji
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

le owner


"Narrated by 'Abdullah bin Abi Aufa : Allah's Apostle said, "Know that Paradise is under the shades of swords.-Sahih Bukhari Volume 4, Book 52, Number 73-"


tagboard
cbox code here

Contact


Credits

© Re-edit by adaMETium *it's me*. Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.

Mencari dan Kembali
Tuesday, 19 April 2016 • Tuesday, April 19, 2016 • 0 comments



Sabtu , 1 Rejab 1437H

Aku ini sedang mencari
Kebenaran dalam kesamaran
Penjelasan dalam kebingungan
Tawa dalam hiba
Tenang dalam resah
Kesenangan dalam payah

Aku ini sedang mencari
Diri aku yang ibarat mati
Yang keliru antara fantasi dan hakiki
Yang menunggu jawapan yang tak pasti
Yang membelengu , menjerut diri ini

Aku ini sedang mencari
Jalan pulang untuk kembali
Kepada Sang Pemilik Hati

(Aminah, 2016)


Kolam Air Mata
Saturday, 9 April 2016 • Saturday, April 09, 2016 • 0 comments



Sabtu , 1 Rejab 1437H , 1041

Aku jelik
Dia cantik
Aku lemah
Dia gagah
Aku rapuh
Dia teguh
Aku hina
Dia sempurna
Aku picisan
Dia keutamaan

Aku sengsara
Dia bahagia

(Aminah, 2016)


HATE
Wednesday, 23 March 2016 • Wednesday, March 23, 2016 • 0 comments



Wednesday , 23 March 2016 , 1028

I hate it

I hate the way you care for me
Even worse when you ignore me

I hate it when every time I meet you
But I don't have the courage to look at you

I hate it when you make me smile
Coz I know you could make me cry

I hate it when you talk to me
Coz I know one day you will walk from me

But mostly I hate the way I hate you
Coz I want you to know it is not true

(Aminah, 2016)


Petunjuk dan Pilihan
Tuesday, 1 December 2015 • Tuesday, December 01, 2015 • 0 comments



Isnin , 1 Disember 2015 , 2050

Bulan penuh cahaya menyuluh
Mengejut hamba yang lena bersungguh
Agar bangun bersujud patuh
Menadah tangan dengan bersimpuh

Jawapan dicari dalam keliru
Keliru yang bisa bikin buta dan kelu
Jawapan yang benar pada Yang Satu
"Oh Tuhan , bantulah aku"

Zikir tak pernah ditinggal
Tapi siapakah yang dizikirkan ?
Tuhan yang memberikan kau nyawa
Atau insan yang entah siapa ?

Penat menanggung penat memohon
Ya , itu semua benar tiada bohong
Jangan mengeluh jangan jatuh
Berpeganglah pada tali-Nya dengan teguh

(Thani, 2015)


Hikayat CalaKapal
Wednesday, 25 November 2015 • Wednesday, November 25, 2015 • 0 comments



Rabu , 25 November 2015 , 2026

Aku punya satu cerita
Bukan cerita dongeng
Bukan cerita fantasi
Cerita ini berlaku di alam realiti

Aku jalani kehidupan aku seperti biasa
Pergi kelas berjubah dan sneaker
Walapun malas tapi aku paksa juga
Kang tak pergi dapat warning letter

Mula mula aku tak suka kelas ni
Kenapa nak kena ada lelaki
Haih punya laa banyak section lain
Section nih juga jadi pilihan hati
Hurm sabar je laa wahai diri
Kau pon sebenarnya suka jaa ada classmate laki

Awal awal semester dah dapat tugasan
Tugasan nih kena buat dalam kumpulan
Hurm yang nih memang kegemaran
Boleh cilok tanpa orang perasan
Nak nak satu kumpulan lebih doploh orang
Wuuuu syurga baqhang !

Hurm sangkaan aku meleset
Setiap ahli kumpulan kena babit
Aku dah sumpah seranah "dasar jimbit"
Uish tak baik Mina tak baik
Amanah dah diberi kau kena amik
Jangan suka sangat nak mengungkit

Akhirnya aku sedar
Semua yang jadi ada hikmahnya
Sama ada kau celik atau buta
Untuk nampak itu semua
Kemon laa , perancangan Allah itu sempurna
Dia tahu mana yang terbaik patut Dia kurnia
Kau hamba Dia , kau ikut sahaja
Akhirnya kau juga yang gembira tak terkata

Maka tamat lah cerita aku
Yang tak tahu climax dia mana satu
Ya , sebenarnya aku rindu
Rindu nak lepak ly002 macam dulu

Kbai

(Thani, 2015)